QUERY
Maksud Query
Query ialah
mekanisma utama untuk mendapatkan semula
maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang
dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan.
Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System)
menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan
standard.
Queries juga
merupakan bahasa SQL (Structured Query Language) yang ditampilkan dalam bentuk
visual, yang dapat digunakan untuk melihat, mengubahsuai dan menganalisis data
dengan pelbagai cara yang berbeza.Query juga dapat digunakan sebagai sumber
data (record source) sesuatu objek dalam form, report dan page. Dengan query
kita dapat mengolah data dalam banyak jadual menjadi satu maklumat yang kita
inginkan.
Contoh Query
Sebagai
contoh, jika kita ingin mengetahui tentang nama laptop dan harganya, kita hanya perlu mengeluarkan data nama laptop dan harganya dari sekian banyak data yang
terdapat dalam pangkalan data laptop.
Query menggunakan microsoft access
Query dalam
Microsoft Access adalah sebuah permintaan atau panggilan suatu data dalam
sebuah data base, sebenarnya Query ini mempunyai fungsi yang hampir sama
dengan Filter pada Microsoft Excel. Query dalam Microsoft Access mempunyai
kelebihan dari Filter pada Microsoft Excel antara lain dapat menampilkan data
dari dua table atau lebih dengan mudah. Untuk memahami Query anda harus membuat atau memahami jadual terlebih dahulu.
Langkah-langkah membuat Query dalam Microsoft
Access.
1. Membuat
Query dalam Microsoft access anda harus mempunyai jadual.
2. Buka Microsoft Access. Kemudian Klik Create dan pilih Query, seperti pada gambar
dibawah ini
3. Pilih table yang akan dibuat Query, kemudian pilih Add seperti gambar dibawah.
4. Perhatikan gambar dibawah ini
untuk lebih memahami tentang pembuatan Query dalam Microsoft Access
pada gambar di bahagian sebelah kiri ada beberapa penjalasan contohnya Field
adalah tajuk yang ingin kita ditampilkan, kerana kita hanya ingin menampilkan
data dari Nama dan Jumlah siswa sahaja maka ia hanya akan menampilkan kedua tersebut,
table adalah nama table yang akan kita buat query, Sort kita dapat membuat sort
dalam query caranya hampir sama dengan sort dan filter pada Microsoft Excel,
show yang diconteng digunakan untuk menampilkan data table.
5. Kemudian pilih View, dan pilih datasheet view, seperti yang ada pada gambar dibawah
6. Tampilan
akhir dari query yang akan dibuat nanti hasilnya adalah berupa datasheet,
seperti pada gambar dibawah ini.
Pada gambar
diatas jadual hanya menampilkan Nama dan jumlah nilai saja, Query ini
sebenarnya hampir sama dengan filter dalam Microsoft Excel sahaja.