Thursday 5 January 2017

Apa itu QUERIES

QUERY

Maksud Query

Query ialah mekanisma  utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan standard.

Queries juga merupakan bahasa SQL (Structured Query Language) yang ditampilkan dalam bentuk visual, yang dapat digunakan untuk melihat, mengubahsuai dan menganalisis data dengan pelbagai cara yang berbeza.Query juga dapat digunakan sebagai sumber data (record source) sesuatu objek dalam form, report dan page. Dengan query kita dapat mengolah data dalam banyak jadual menjadi satu maklumat yang kita inginkan.


Contoh Query

Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui tentang nama laptop dan harganya, kita hanya perlu mengeluarkan data nama laptop dan harganya dari sekian banyak data yang terdapat dalam pangkalan data laptop.


Query menggunakan microsoft access

Query dalam Microsoft Access adalah sebuah permintaan atau panggilan suatu data dalam sebuah data base, sebenarnya  Query ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Filter pada Microsoft Excel. Query dalam Microsoft Access mempunyai kelebihan dari Filter pada Microsoft Excel antara lain dapat menampilkan data dari dua table atau lebih dengan mudah. Untuk memahami Query anda harus membuat atau memahami jadual terlebih dahulu.

 Langkah-langkah membuat Query dalam Microsoft Access.

1. Membuat Query dalam Microsoft access anda harus mempunyai jadual.

2. Buka Microsoft Access. Kemudian Klik Create dan  pilih Query, seperti pada gambar dibawah ini


3. Pilih table yang akan dibuat Query, kemudian pilih Add seperti gambar dibawah.

4. Perhatikan gambar dibawah ini untuk lebih memahami tentang pembuatan Query dalam Microsoft Access

pada gambar di bahagian sebelah kiri ada beberapa penjalasan contohnya Field adalah tajuk yang ingin kita ditampilkan, kerana kita hanya ingin menampilkan data dari Nama dan Jumlah siswa sahaja maka ia hanya akan menampilkan kedua tersebut, table adalah nama table yang akan kita buat query, Sort kita dapat membuat sort dalam query caranya hampir sama dengan sort dan filter pada Microsoft Excel, show yang diconteng digunakan untuk menampilkan data table.

5. Kemudian pilih View, dan pilih datasheet view, seperti yang ada pada gambar dibawah




6. Tampilan akhir dari query yang akan dibuat nanti hasilnya adalah berupa datasheet, seperti pada gambar dibawah ini.


Pada gambar diatas jadual hanya menampilkan Nama dan jumlah nilai saja, Query ini sebenarnya hampir sama dengan filter dalam Microsoft Excel sahaja.

No comments:

Post a Comment